Tuesday, November 22, 2011

Tajuk 01 Pend Al-Quran : Memahami Petikan Ayat 285 Surah Al-Baqarah


آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ ( 285 )
Maksudnya :
Rasul telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya daripada Tuhannya, dan juga orang yang beriman, semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata) : “ kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain daripada Rasul-rasulNya”. Mereka berkata lagi: “Kami dengar dan kami taat (Kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”. -  ( Surah Al-Baqarah : 285 )
Objektif Pelajaran :
(1)- Membaca ayat dengan betul dan fasih
(2)- Menterjemah ayat dengan betul
(3)- Menghuraikan kandungan ayat tersebut.
(4)- Pengajaran & Iktibar dari Ayat & Menghayatinya.
(5)- Hukum Tajwid Nun Sakinah & Tanwin bertemu dgn Huruf Hijaiyyah
Huraian Ayat
(1)- Allah Taala mengakhiri surah Al-Baqarah ini dgn menyebut bahawa Nabi Muhammad S.A.W. telah beriman dgn apa yg telah diturunkan oleh Tuhannya, begitu juga dgn orang mukmin. Semuanya beriman dengan Allah, Malaikat2nya, kitab2Nya dan juga Rasul2Nya.
(2)- Dengan keimanan yang tulus, orang mukmin telah dapat mensucikan jiwa dan hati mereka sehingga mencapai puncak ketinggian yang menakjubkan dunia.
(3)- Beriman kpd Allah ialah beriktikad bahawa hanya Allah sahaja yang layak disembah dengan sifat ULUHIYYAH dan RUBUBIYYAH Allah.
(4)- Orang Mukmin sentiasa dengar dan taat perintah Allah.
(5)- Orang yang beriman sentiasa memohon keampunan Ilahi.
5 Pengajaran Ayat
Penghayatan Ayat
Setiap orang mesti sentiasa membaca ayat 285 surah Al-Baqarah ini sambil memahami kandungan ayat dan melaksanakan tuntutannya dan menyampaikannya kepada orang lain.
Hukum Tajwid ( Nun sakinah & Tanwin bertemu dgn huruf Hijaiyyah )
(1)- كُلٌّ ءَامَنَ بِاللهِ وَمَلائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ
(2)- ءَامَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ
(3)- مِـــنْ رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ

No comments:

Post a Comment